Semua insan mendambakan kebahagian. Berbicara tentang bahagia, teramatlah halus sifatnya. Halusnya sehingga terhijab maksud bahagia yang sebenar. Rambut sama hitam, hati lain- lain. Begitulah perumpamaan bahagia. Bahagia pada setiap insan tidaklah sama sifatnya dengan seorang insan yang lain. Ada yang kata, bahagia itu terdapat pada harta yang bertimbun. Ada pula yang berkata bahagia itu letaknya pada nama apabila disebut- sebut. Malah ada juga yang mencari bahagia dengan berkasih- kasihan bersama si kekasih yang dipuja- puja. Masing- masing tenggelam dalam bahagia yang diidam- idamkan.
Namun, adakah itu kebahagiaan yang sebenar yang sekian lama dicari? Pada wang dan harta yang pasti akan hilang dan dijual beli? Benarkah bahagia itu letaknya pada kemegahan dan kemuliaan yang bisa dilupakan? Bahagiakah diri apabila dikhianati cinta yang kononnya tak bertepi? Bahagiakah diri bila si jelita yang dipuja hilang serinya?
Oh, celakah bahagia yang dicari berlandaskan nafsu. Itulah kebahagiaan yang bisa membuat diri menderita. Menderita dengan seribu macam penipuan. Menderita dek hati sudah berpenyakit. Lebih menderita bila Allah dilupakan.
Lihatlah sikap si orang kaya yang hatinya terhijab, bila hartanya bertimbun, bukan harta itu membuatkan dirinya bahagia. Malah harta itu yang membuatkan dirinya gelisah. Hatinya tidak tenteram, takut- takut hartanya dicuri, takut dikejar si peminta derma,dan seribu macam lagi perkara yang menyebabkan hatinya dikuasai khuatir. Ada yang lebih parah bila hati sudah berpenyakit, dianiya pula hidup si miskin. Tanah mereka diambil, dikerah tenaga mereka untuk kepentingan diri, dan berbagai- bagai lagi perkara yang diekspoitasi untuk kesenangan diri. Al- hasil, si miskin yang tidak bahagia semakin tidak bahagia. Dari perspektif mereka, wang dan hartalah yang memberi kebahagiaan kerana nasib mereka dirampas oleh orang yang berwang. Na'uzubillah.
bersambung...
Monday, October 26, 2009
Monday, October 12, 2009
Hati bergetar...
Sekian lama tidak aktif menulis dalam blog ini, saya telah disibukkan menjalani latihan industri di sebuah resort di sarawak. Amat payah untuk menulis kerana saya tidak dapat 'online' sepanjang menjalani praktikal tersebut ditambah lagi dengan lokasi resort yang terletak jauh dari bandar. Post kali ini sekadar berkongsi video bacaan surah Al- Ahzab ayat 40- 48 yang dibaca oleh Syeikh Mourtada Baqour. Masya Allah,hati sentiasa bergetar setiap kali mendengar bacaan beliau...
Tuesday, May 5, 2009
Cinta agung

Cinta Hakiki
Artist: Raihan
Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki
Kerna sekian lamanya
Manusia dibuai cinta nafsu
Kita sering menyangka
Cinta manusia itu yang sejati
Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak
Cintakan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan Yang Esa
Cintakan Allah tiada kecewa
Engkaukan tenang di waktu susah
Kembalilah kepada Tuhan
Dia kan tetap menanti
Kehadiran hambaNya
Yang sebenar pasrah
Cinta kasih sayangNya tidak bertepi
Setiap yang hidup pasti punya rasa cinta. Cinta itu amat luas maknanya. Ada yang mabuk cinta kepada kekasih. Ada pula yang tenggelam dengan cintanya kepada harta. Namun, ada juga yang masih mencari cinta yang sejati lagi hakiki.
Ayuh sejenak jauhkan berfikir... Betapa tingginya cinta kepada manusia, manusia tetap akan mati. Cintakan bunga, bunga akan tetap layu. Cintakan harta, harta pasti akan kehabisan. Namun, kepada siapakah cinta pasti akan kekal dan abadi? Siapakah sepatutnya yang layak dicintai?
Mengapa timbul rasa cinta? Manusia jatuh cinta sesama mereka kerana cinta mendatangkan rasa bahagia. Ada juga yang mengatakan cinta itulah pengubat duka. Cinta kepada harta muncul kerana ia menjanjikan kesenangan. Cinta kepada bunga pula timbul kerana terpesona akan indahnya rupa.
Namun andai suatu hari kelak sesuatu yang dicintai itu hilang, apakah rasa bahagia itu akan kekal? Apakah rasa kesenangan akan kekal? Apakah rasa cinta yang didambakan kepada yang dicintai itu akan kekal? Andai kekasih yang dicintai itu mati , menangis air mata darah sekalipun si kekasih tidak akan hidup kembali. Andai harta yang dikumpul beribu- ribu tahun dirompak penyamun dan nyawa sang pencinta turut terancam kerananya, akan hilanglah rasa cinta kepada harta kerana hilangnya janji kesenangan daripada harta yang dipuja.
Oh, rendahnya martabat cinta terhadap makhluk. Setiap yang dicintai pasti akan pudar. . Setiap yang bernafas, pasti akan mati. Setiap yang berharga pasti akan hilang nilainya. Andai cinta kepada makhluk itu dikatakan cinta yang abadi, maka tidak layaklah ia dicintai. Namun, cinta kepada siapakah yang layak diberi?
Ayuh. Kita berfikir lagi. Renungilah terhadap ciptaan diri. Kita telah dikurniakan berjuta- juta nikmat yang tidak mampu kita cipta sendiri. Mata untuk melihat, tangan untuk memegang, udara untuk dihirup, air untuk diminum dan seribu macam lagi nikmat yang menimbulkan rasa kesenangan. Andai kesenangan dan kemudahan itu dapat menerbitkan rasa cinta, maka layaklah si Pemberi ini dincintai.
Andai rasa cinta itu muncul kerana adanya rasa kekaguman. Maka ayuh lihatlah khazanah alam. Lihatlah bagaimana pokok yang kuat, tegak berdiri sedangkan asalnya dari benih yang kecil. Lihat pula bukit yang tinggi. Bagaimana bukit yang besar boleh terbina daripada tanah yang halus dengan sifatnya yang bercerai- berai. Kemudian lihat pula keupayaan manusia. Sebutir tanah pun tidak mampu kita cipta sendiri. Bandingkan dengan ciptaan alam semesta. Bukankah ia akan mendatangkan kekaguman terhadap yang Maha Pencipta?
Andai rasa cinta itu timbul kerana yang dicintai itulah tempat mengadu, maka sememangnya Allah lah yang layak dicintai. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar. Dialah yang Maha Pengampun dan Dialah juga yang Maha Penyayang. Andai rasa kecewa menyelubungi hati, berhubunglah dengan Dia yang Maha Pengasih. Nescaya rasa duka akan hilang.
Andai cinta yang dicari tu adalah cinta yang hakiki dan abadi. Maka layaklah Dia yang tidak dihidupkan dan tidak akan mati dicintai dengan sepenuh hati. Bukankah ini sifat ABADI? Cinta kepada sesuatu yang tidak akan mati bahkan abadi tidak akan pudar rasanya. Hati yang diberikan kepada makhluk akan retak juga suatu hari nanti tetapi apabila hati diserahkan kepada Allah nescaya ia akan sentiasa bertaut kembali.
Ayuh kita dambakan cinta yang sebenar. Jika Qois sanggup mati demi cinta butanya kepada Laila, maka ayuh kita syahid demi cinta kita kepada Dia yang Esa.

Dari Anas ra, dari Nabi SAW, beliau bersabda; “Ada tiga perkara dimana orang yang memilikinya akan merasakan manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan rasulNya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan enggan untuk menjadi kafir setelah diselamatkan Allah daripadanya sebagaimana enggannya kalau dilempar ke dalam api”.
HR. Bukhari dan Muslim
Friday, April 24, 2009
Renungan..
Hakikat suara akan kau temukan
ketika telinga tertutup,
hakikat cahaya akan kau temukan
ketika mata tertutup,
sebab selama ini
yang kau dengar hanyalah perwujudan suara
dan yang kau lihat hanyalah pantulan cahaya.
ketika telinga tertutup,
hakikat cahaya akan kau temukan
ketika mata tertutup,
sebab selama ini
yang kau dengar hanyalah perwujudan suara
dan yang kau lihat hanyalah pantulan cahaya.
Tuesday, April 21, 2009
Ghazwul Fikri = Perang pemikiran
Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Dia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya pula ada pemadam. Si guru berkata,
"Saya ada permainan...Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"
Murid- muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian si guru kembali berkata,
"Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".
Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan janggal, dan sangat sukar untuk membiasakan diri. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya.
"Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas dapatmembezakannya. Namun kemudian, musuh- musuh kita mencucuk dakyah mereka dengan pelbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya."
"Pada mulanya mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disogok dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mula dapat mengikuti rentaknya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika."
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, seks sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."
"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, sedikit demi sedikit anda menerimanya. Faham?" tanya Guru kepada murid-muridnya."
"Faham cikgu..."
"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.
"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.
Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.
Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.
"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat."
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat."

" Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dibuka tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.""Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka tunjukkan...
Dan itulah yang mereka inginkan."
Dan itulah yang mereka inginkan."
"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita..
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi… Jangan tercengan lagi. Ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur.
Thursday, April 16, 2009
Harga cincin..

Dalam khazanah kisah-kisah sufi ada diceritakan tentang seorang pemuda yang begitu lantang mencemuh tokoh sufi Dzun Nun Al Misri dan tareqatnya. Sesudah pemuda itu puas memperlihatkan kebenciannya, Al Misri mencabut cincin daripada jarinya dan berkata, "Bawalah cincin ini ke pasar, gadaikanlah dengan harga satu dinar saja"
Pemuda itu hairan, namun cincin itu diambilnya juga dan dibawa ke pasar. Dia menawarkan cincin itu kepada para pedagang, dari penjual buah hinggalah ke penjual makanan. Tiada seorang pun yang melirik apatah lagi tertarik. Lalu dengan wajah hampa pemuda itu kembali kepada Al Misri dan berkata, "Engkau membohongiku, cincin ini tidak berharga"
Jawab Al Misri, " Jangan marah dulu, sekarang juallah cincin itu kepada ahli permata. Tawarkan seribu dinar."
Tentu saja pemuda itu menjadi gusar. Tetapi rasa ingin tahunya membuatkan dia menuruti perintah ahli sufi itu. Sungguh menghairankan, ternyata para pedagang permata berebut untuk membeli cincin itu. Pemuda itu merasa takjub dan bergegas menemui Al Misri dan berkata " Mereka bersaing untuk membelinya."
"Nah." kata Al Misri. "Orang tidak akan mengetahui suatu benda itu berharga atau tidak jika ia belum mengenalnya. Bagaimana mungkin kamu berani mencaci para sufi dan ilmu tasawuf, jika kamu belum mengetahui isinya? Pelajari dulu baik baik, barulah tentukan pendapatmu. Itulah sikap orang bijak."
Tuesday, April 7, 2009
Jemputan dari Allah
Ketika membaca kolum “isu” yang bertajuk “memanjangkan nyawa” dalam majalah Solusi isu yang ke-5, saya amat tertarik pada ungkapan yang ditulis oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang berbunyi:Jemputan ke arah kebaikan singgah secara tiba- tiba. Kutiplah titipan kasih daripada Allah apabila suara hatimu tiba- tiba berbisik “sampai bila aku harus jadi begini…”. Kata Hukama’, “Apabila seseorang didatangi rasa hati yang begitu, ertinya dia telah menerima jemputan tuhan ke daerah kebaikan”.
Saya berhenti seketika untuk berfikir betapa dalamnya maksud nukilan tersebut. Jika diperhalusi lagi kata- kata itu, betapa besarnya pengajaran yang telah saya dapat.
Cuba bayangkan jika pada suatu ketika, kita merupakan seorang rakyat yang miskin, disisih masyarakat dan di mata ramai teramatlah hina keadaan kita. Tetapi pada suatu ketika, raja negara tersebut telah memuliakan ita dengan menjemput kita ke istana kebesarannya. Adakah kita akan menolak jemputan tersebut? Sudah pasti tidak! Betapa ruginya kita jika kita menolak kerana ini bukanlah calang- calang jemputan. Adakah kita akan bertangguh- tangguh untuk pergi ke jemputan tersebut? Sudah pasti tidak! Betapa mulia dan bertuahya kita pada ketika kerana menerima jemputan dari seorang raja walhal kita hanya seorang rakyat yang hina- dina. Terasa indahnya hidup pada saat itu hingga kalau boleh, masa pada ketika itu dapat diputar- putar selalu.
Inilah sedikit perumpamaan yang saya dapat nukilkan.
Pernahkah pada suatu ketika kita terasa diri kita ini terasa cukup hina di hadapan tuhan? Dan pada masa yang sama timbul kesedaran di dalam hati untuk menjadi seorang yang lebih baik? Dan pada ketika itu, adakah anda tetap tidak berubah? Adakah anda bertangguh- tangguh? Atau adakah anda terus berubah pada ketika itu juga? Cuba kaitkan keadaan ini dengan perumpamaan “jemputan raja” yang telah saya nukilkan di atas? Jelaskah apa yamg saya cuba sampaikan?
Anggaplah bahawa “rasa ingin berubah” itu merupakan suatu jemputan Allah yang telah dicampakkan ke dalam hati kita. Betapa bertuah dan mulianya kita kerana dijemput oleh Allah untuk ke istana “kebaikan”. Adakah kita akan menolak jemputan tersebut? Adakah kita masih bertangguh- tangguh? Atau adakah kita akan menjadi orang yang beruntung dengan serta- merta menerima jemputan tersebut? Betapa ruginya kita jika menolak atau bertangguh- tangguh kerana sesungguhnya kita telah menerima jemputan daripada Raja segala raja yakni Allah S.W.T. Jemputan dari orang besar bukanlah datang dengan selalu malah kebiasannya insan- insan yang dijemput ialah orang- orang terpilih. Fikirkan…
Janganlah kita sia- siakan peluang seperti ini nanti tatkala diri kita pula yang dijemput. Alangkah baiknya jika kita manfaatkan saat tersebut untuk memperbaiki diri kita yang serba lemah dan hina ini. Binalah akhlak yang indah dengan mencelikkan hati mengenal tuhan. Semoga hidup kita lebih bahagia dan dirahmati. Renungkan dan selamat beramal….
Subscribe to:
Posts (Atom)