Monday, October 26, 2009

Berbicara tentang bahagia

Semua insan mendambakan kebahagian. Berbicara tentang bahagia, teramatlah halus sifatnya. Halusnya sehingga terhijab maksud bahagia yang sebenar. Rambut sama hitam, hati lain- lain. Begitulah perumpamaan bahagia. Bahagia pada setiap insan tidaklah sama sifatnya dengan seorang insan yang lain. Ada yang kata, bahagia itu terdapat pada harta yang bertimbun. Ada pula yang berkata bahagia itu letaknya pada nama apabila disebut- sebut. Malah ada juga yang mencari bahagia dengan berkasih- kasihan bersama si kekasih yang dipuja- puja. Masing- masing tenggelam dalam bahagia yang diidam- idamkan.

Namun, adakah itu kebahagiaan yang sebenar yang sekian lama dicari? Pada wang dan harta yang pasti akan hilang dan dijual beli? Benarkah bahagia itu letaknya pada kemegahan dan kemuliaan yang bisa dilupakan? Bahagiakah diri apabila dikhianati cinta yang kononnya tak bertepi? Bahagiakah diri bila si jelita yang dipuja hilang serinya?

Oh, celakah bahagia yang dicari berlandaskan nafsu. Itulah kebahagiaan yang bisa membuat diri menderita. Menderita dengan seribu macam penipuan. Menderita dek hati sudah berpenyakit. Lebih menderita bila Allah dilupakan.

Lihatlah sikap si orang kaya yang hatinya terhijab, bila hartanya bertimbun, bukan harta itu membuatkan dirinya bahagia. Malah harta itu yang membuatkan dirinya gelisah. Hatinya tidak tenteram, takut- takut hartanya dicuri, takut dikejar si peminta derma,dan seribu macam lagi perkara yang menyebabkan hatinya dikuasai khuatir. Ada yang lebih parah bila hati sudah berpenyakit, dianiya pula hidup si miskin. Tanah mereka diambil, dikerah tenaga mereka untuk kepentingan diri, dan berbagai- bagai lagi perkara yang diekspoitasi untuk kesenangan diri. Al- hasil, si miskin yang tidak bahagia semakin tidak bahagia. Dari perspektif mereka, wang dan hartalah yang memberi kebahagiaan kerana nasib mereka dirampas oleh orang yang berwang. Na'uzubillah.

bersambung...

Monday, October 12, 2009

Hati bergetar...



Sekian lama tidak aktif menulis dalam blog ini, saya telah disibukkan menjalani latihan industri di sebuah resort di sarawak. Amat payah untuk menulis kerana saya tidak dapat 'online' sepanjang menjalani praktikal tersebut ditambah lagi dengan lokasi resort yang terletak jauh dari bandar. Post kali ini sekadar berkongsi video bacaan surah Al- Ahzab ayat 40- 48 yang dibaca oleh Syeikh Mourtada Baqour. Masya Allah,hati sentiasa bergetar setiap kali mendengar bacaan beliau...