Tuesday, May 5, 2009

Cinta agung



Cinta Hakiki
Artist: Raihan

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Kerna sekian lamanya
Manusia dibuai cinta nafsu
Kita sering menyangka
Cinta manusia itu yang sejati

Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

Cintakan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan Yang Esa

Cintakan Allah tiada kecewa
Engkaukan tenang di waktu susah
Kembalilah kepada Tuhan
Dia kan tetap menanti

Kehadiran hambaNya
Yang sebenar pasrah
Cinta kasih sayangNya tidak bertepi

Setiap yang hidup pasti punya rasa cinta. Cinta itu amat luas maknanya. Ada yang mabuk cinta kepada kekasih. Ada pula yang tenggelam dengan cintanya kepada harta. Namun, ada juga yang masih mencari cinta yang sejati lagi hakiki.

Ayuh sejenak jauhkan berfikir... Betapa tingginya cinta kepada manusia, manusia tetap akan mati. Cintakan bunga, bunga akan tetap layu. Cintakan harta, harta pasti akan kehabisan. Namun, kepada siapakah cinta pasti akan kekal dan abadi? Siapakah sepatutnya yang layak dicintai?

Mengapa timbul rasa cinta? Manusia jatuh cinta sesama mereka kerana cinta mendatangkan rasa bahagia. Ada juga yang mengatakan cinta itulah pengubat duka. Cinta kepada harta muncul kerana ia menjanjikan kesenangan. Cinta kepada bunga pula timbul kerana terpesona akan indahnya rupa.

Namun andai suatu hari kelak sesuatu yang dicintai itu hilang, apakah rasa bahagia itu akan kekal? Apakah rasa kesenangan akan kekal? Apakah rasa cinta yang didambakan kepada yang dicintai itu akan kekal? Andai kekasih yang dicintai itu mati , menangis air mata darah sekalipun si kekasih tidak akan hidup kembali. Andai harta yang dikumpul beribu- ribu tahun dirompak penyamun dan nyawa sang pencinta turut terancam kerananya, akan hilanglah rasa cinta kepada harta kerana hilangnya janji kesenangan daripada harta yang dipuja.

Oh, rendahnya martabat cinta terhadap makhluk. Setiap yang dicintai pasti akan pudar. . Setiap yang bernafas, pasti akan mati. Setiap yang berharga pasti akan hilang nilainya. Andai cinta kepada makhluk itu dikatakan cinta yang abadi, maka tidak layaklah ia dicintai. Namun, cinta kepada siapakah yang layak diberi?

Ayuh. Kita berfikir lagi. Renungilah terhadap ciptaan diri. Kita telah dikurniakan berjuta- juta nikmat yang tidak mampu kita cipta sendiri. Mata untuk melihat, tangan untuk memegang, udara untuk dihirup, air untuk diminum dan seribu macam lagi nikmat yang menimbulkan rasa kesenangan. Andai kesenangan dan kemudahan itu dapat menerbitkan rasa cinta, maka layaklah si Pemberi ini dincintai.

Andai rasa cinta itu muncul kerana adanya rasa kekaguman. Maka ayuh lihatlah khazanah alam. Lihatlah bagaimana pokok yang kuat, tegak berdiri sedangkan asalnya dari benih yang kecil. Lihat pula bukit yang tinggi. Bagaimana bukit yang besar boleh terbina daripada tanah yang halus dengan sifatnya yang bercerai- berai. Kemudian lihat pula keupayaan manusia. Sebutir tanah pun tidak mampu kita cipta sendiri. Bandingkan dengan ciptaan alam semesta. Bukankah ia akan mendatangkan kekaguman terhadap yang Maha Pencipta?

Andai rasa cinta itu timbul kerana yang dicintai itulah tempat mengadu, maka sememangnya Allah lah yang layak dicintai. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar. Dialah yang Maha Pengampun dan Dialah juga yang Maha Penyayang. Andai rasa kecewa menyelubungi hati, berhubunglah dengan Dia yang Maha Pengasih. Nescaya rasa duka akan hilang.

Andai cinta yang dicari tu adalah cinta yang hakiki dan abadi. Maka layaklah Dia yang tidak dihidupkan dan tidak akan mati dicintai dengan sepenuh hati. Bukankah ini sifat ABADI? Cinta kepada sesuatu yang tidak akan mati bahkan abadi tidak akan pudar rasanya. Hati yang diberikan kepada makhluk akan retak juga suatu hari nanti tetapi apabila hati diserahkan kepada Allah nescaya ia akan sentiasa bertaut kembali.

Ayuh kita dambakan cinta yang sebenar. Jika Qois sanggup mati demi cinta butanya kepada Laila, maka ayuh kita syahid demi cinta kita kepada Dia yang Esa.


Dari Anas ra, dari Nabi SAW, beliau bersabda; “Ada tiga perkara dimana orang yang memilikinya akan merasakan manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan rasulNya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan enggan untuk menjadi kafir setelah diselamatkan Allah daripadanya sebagaimana enggannya kalau dilempar ke dalam api”.
HR. Bukhari dan Muslim

5 comments:

  1. salam...mohon izin letak kan artikel kt blog kmk :)

    ReplyDelete
  2. Silakan... Kmk berbesar hati dapat kongsi isi blog tk.. :)

    ReplyDelete
  3. salam... baguih hang punya blog... banyakkan lagi warna hijao... ok.. wassalam

    ReplyDelete
  4. W'salam.. Satu penghargaan ustaz mai singgah blog saya... Insya Allah kalau rajin cket saya banyakkan warna hijau..

    ReplyDelete